Gigi Kami Bersih

7.5.11

MODE Exam 6 : Motivasi Prof Dr Muhaya

Saya sudah lama kenal dengan Prof Dr Muhaya sejak sebelum beliau popular di televisyen dan radio. Ketika itu saya mengikuti catatan beliau tentang mata di suratkhabar. Saya suka sekali cara beliau menyampaikan motivasi. Semua tepat. Pesannya, nasihat yang disampaikan itu bila kita dengar, bayangkan diri kita bukan orang lain. Jadi nasihat-nasihat di bawah yang saya kutip semasa mendengar motivasi beliau adalah gambaran untuk diri saya, yang sedang 'melontar jamrah', iaitu melontar segala sifat syaitan dalam jiwa ini. Kalau terasa, bukan terasa kerana saya yang berkata dan marahkan saya, tetapi terasa kerana kita memang ada kekurangan di situ dan perbaikilah diri.


1
Semua kerja buat ingat Allah,
Sedekahkan pahala kepada ibu bapa kita,
Kerana didikan ibu bapa yang jadikan kita begini.

2
Tengok diri kita,
Yakin kita dan manusia lain dicipta sama.

3
Hubungan dengan manusia tidak baik,
Confirm dengan Allah juga tidak.

4
Kalau ada orang kutuk kita,
Katalah,
‘apa awak kata tentang saya,
Bukan urusan saya’.

5
Kalau anak-anak ada masalah,
Salahkan ibu bapa.

6
Kalau buat salah pada anak-anak,
Minta maaf pada anak-anak,
Merendah diri,
Baru anak-anak minta maaf pada kita.

7
Orang kaya bersedekah banyak-banyak,
Jangan kedekut sangat,
Gaji rm 10000 sebulan,
Masuk tandas bayar 30 sen,
Cuba lebih sikit.

8
1 hingga 6 tahun,
Minda anak-anak macam span,
Blueprint.

9
Salah satu sifat ego,
Dia menilai diri dia dengan apa yang dia ada,
‘Saya ada pangkat’,
‘Ini saya punya’,
Dan seterusnya.

10
Setiap hari cuba baca benda bermanfaat.

11
Facebook,
Tak perlu cerita hal peribadi,
Contoh,
‘my baby is kicking’,
Tak perlulah,
Banyakkan kata-kata hikmah.

12
Bila kita mengumpat orang,
Pahala kita pada dia,
Kalau pahala kita tidak cukup,
Dosa dia masuk bakul kita.

13
Mari belajar bahagia dengan Allah.

14
Bagi semua wanita yang sayangkan suami,
Tutuplah aurat,
Keluar dengan tidak menutup aurat,
Dosa jatuh pada suami.



DENGARKAN MOTIVASI BELIAU DI IKIM.FM SETIAP RABU 10-11 PAGI, SABTU 7-8 PAGI.

0 Komentar: