Memang kepenatan belajar itu terbayar,
Memang hanya kami yang merasa bagaimana peritnya,
Memang terlalu banyak untuk dicerita.
Hari ini,
Saya sudah selesai pengajian sebagai seorang pelajar Ijazah Sarjana Muda Pembedahan Pergigian.
Terima kasih Allah kerana mengizinkan semua ini.
Terima kasih Emak.
Setiap hari Emak memberi semangat. Berdoa dan berpuasa. Sama-sama merasai kepenatan saya berjuang di medan peperiksaan.
Terima kasih Ayah.
Memberi sokongan dari setiap sudut.
Biar saya nyatakan bahawa yang menggembirakan saya apabila saya berjaya menggembirakan mereka.
Terima kasih Kak Liza. Terima kasih Abang. Terima kasih Kak Linda. Terima kasih Jep.
Yang menggembirakan dan menceriakan hari-hari saya. Yang memberi sokongan. Yang memberikan nasihat. Yang memberikan motivasi. Sejak hari pertama saya menjejakkan kaki ke universiti ini.
Terima kasih Kakak ipar dan abang ipar saya.
Kalian setia di sisi kakak dan abang saya, menjadikan mereka manusia berharga setiap masa.
(Sesi berucap sakan nampaknya)
Terima kasih kepada saudara-mara saya. Semua.
Terima kasih kepada senior saya. Terutamanya Kak Qamar, Kak Syud, Kak Des dan Kak Aainaa. Dan semua.
Terima kasih kepada guru-guru sekolah yang sering mendoakan saya. Semua.
Terima kasih semestinya kepada semua pensyarah saya. Semua.
Terima kasih kepada semua sahabat saya.
Semua.
Hari ini, saya pesan pada diri. Erti hidup bilamana saya dapat memberikan kehidupan kepada orang lain.
Jangan bongkak.
Jangan riak.
Jangan sombong.
Kau hamba Allah.
Hamba!
4 Komentar:
assalam kak..
-sy msih junior..alhmdulilah, sy dpt tawaran pasum n almdulillah juga sy dpt twaran jpa ke russia dlm bdg medik..
-spt sy kata td, sy msih junior..
sy xprnah brpisah drpd kluarga krana brskolah harian..
-sy dlm dilema..prgi ke russia adlh stu rsiko krn hya stahun prsediaan di m'sia & 6thn dsna.prsdiaan d m'sia lbeh kpd blajar bdya n bhasa rssia..dn slbihnya blajr prubatan di rssia slame 6thn dgn sbjek mdik yg mlambak & tough..
-sdgkn d m'sia untk mnjd pljr medik bknlah sng sbb prlu 4.00..
-jd,pd pndpt akak yg lbeh arif dlm dnia prubtan, mne prlu sy plih? ke russia @ m'sia (d pasum)..
*pndpt akak sgt sy hrgai..tq!
Waalaikumsalam Fatin.
First of all, have you discussed with your parents? Does they allow you to go Russia?
You are a clever girl. Im confident about this.
I dont know what makes you into dilemma. If i were you, I will go Russia. Not all have the opportunity, especially you are not from boarding school.
Setiap apa yang kita buat mmg ada risiko. Ke PASUM, ya, ada risiko. Ke Rusia, ya, ada risiko.
But what makes everything possible?
Can you answer this for me dear?
Jangan lupa istikarah yer Dik.Ada sorang kawan baik akak di Rusia study Medic.Kalau nak tanya apa2 akak boleh rekomenkan.
almdulillah, lega dpt luahkan prkara ni. parents mmg kasi, tp..mk mcm berat skit nk lpaskan..normal kowt.
btol, kte kne yakin! niat sbb Allah kan..
insyaallah mlm ni sy solat istikarah..n trime ksih bbyk kak!
that is very true dear,
i wish u all the best.
Post a Comment