Gigi Kami Bersih

14.4.11

Sister, Staffnurses, Lecturer

Nasihat Sister
“Esok dah kerja, waktu lunch hour pun mesti rawat patient. Kasihan ada yang datang dari jauh.” Sister atau Ketua Jururawat memegang tangan saya sambil memberikan nasihat. Di hujung ayat, beliau ketawa. Saya jangkakan beliau mahu memerli saya kerana saya sering juga menyiapkan rawatan untuk pesakit melebihi jam 1 petang. Rupa-rupanya ini nasihat yang cukup bermakna.

Benar juga. Pesakit yang datang tidak kira tempat. Ada jauh ada dekat.

“Kadang-kadang Doktor nak jumpa pesakit, tetapi staff kat kaunter tu yang suruh patient balik,” sambungnya lagi.

Begitulah mungkin cabaran seorang doktor. Waktu berehat di tengahari perlu dikorbankan untuk pesakit.

Nasihat Staff Senior
“Di sini, kita macam kawan. Tetapi esok bila awak dah kerja, jangan baik sangat dengan staff.” Seorang pembantu jururawat senior mengingatkan. Berkerut dahi saya. Staff yang lain menegur.

“Aih, jangan cakap macam tu En. Mat(nama samaran). Ada ajar bukan-bukan pada Yuana,” sampuknya.

“Tak, bukannya apa. Sini kita memang baik sebab kita kenal awak dari tahun pertama. Tetapi di luar macam-macam orang. Jangan biar mereka pijak kepala. Baik boleh baik tapi berpada-pada. Staff dulu dan sekarang berbeza,” sambungnya.
Banyak sungguh nasihat.

Nasihat Pensyarah
“Hai, nak jadi Doktor dah anak murid saya ni,” kata seorang pakar bedah muka dan rahang. Beliau adalah ‘ibu angkat’ saya di fakulti ini. Tetapi beliau tidak suka dengan gelaran ibu dan memilih untuk menjadi ‘kakak angkat’. Dalam bahasa pasar ialah mentor.

Beliau menyambung cerita tentang prosuder yang boleh saya lakukan untuk menyambung pelajaran di peringkat tertinggi, seperti beliau. Beliau menasihatkan saya supaya menghabiskan perkhidmatan wajib 3 tahun sebelum benar-benar jelas tentang bidang kepakaran mana yang saya minat.

Minggu Akhir
Minggu ini adalah minggu terakhir ke kelas. Mulai minggu depan bermulalah peperangan sebagai persediaan untuk peperiksaan profesional fasa II pada 2 hingga 16 Mei.

Tolong doakan kejayaan saya dan kawan-kawan.
Tolong maafkan segala salah dan silap saya pada kalian.
Tolong halalkan segala makanan dan minuman.
Terima kasih




ONE MORE STEP! inshaAllah

3 Komentar:

Izyan Zainuddin said...

InshaAllah kak yuliana boleh! Gambatte ne! :)

sfatimahzj said...

smoga berjaya ea akak...:)
insyaALLAH~

Yuana said...

amen ya rabbal 'alamin,
thanks all ...
best of luck to all of u too