Gigi Kami Bersih

8.4.11

Nyawaku Nasihatmu



Emak bukan seorang ustazah,
Bukan juga seorang doktor,
Apatah lagi pegawai kerajaan.

Tetapi emak melahirkan seorang guru,
Seorang jurutera,
Seorang doktor,
Seorang pegawai kerajaan,
Hebatnya seorang insan bernama emak.

Dua pesanan emak.

Setiap kali saya nak buat,
Saya mesti teringat.

Emak pesan,
Jumaat hari penuh barakah,
Mantapkan dengan pelbagai amalan,
Dari sekecil mengetip kuku tangan dan kaki.

Emak berpesan lagi,
Mulakan setiap perkara dengan kalimah mulia,
A’uzubillah himinasshaitanirrajim,
Dan,
Bismillahirrahmanirrahim.

Emak dan Ayah,
Beri lagi nasihat kepada anakmu ini,
Anak-anakmu ini.

Nasihat kalian sangat diingati,
Lebih daripada nasihat seorang guru atau sahabat,
Tolong jangan pernah jemu memberi nasihat,
Aku ber’nyawa’ kerana nasihat-nasihatmu!

0 Komentar: