“Hujan rintik-rintik. Nanti demam. Nak exam kan,” emak memegang tangan saya dan menarik saya ke tepi untuk berteduh di bawah deretan kedai. Ketika itu kami sedang berjalan-jalan di Masjid India.
Hujan rintik-rintak sahaja. Di luar dan di mata saya.
“Tak adalah demam. Hujan sikit jer ni Mak,” saya menyahut kata-kata emak.
Sebak. Saya teringat pada usia menghampiri 24 tahun ini Emak tidak pernah tidak memikirkan anak-anak yang utama di hatinya. Keperluan anak-anak yang utama. Kalau hendak diceritakan segala pengorbanan Emak, terlalu banyak.
Saya terasa seperti seorang kanak-kanak. Ya, Emak masih mendidik saya bagai menatang minyak yang penuh. Hidup saya memang dilimpahi dengan kasih sayang Emak. Setiap masa ada sahaja butir bicaranya yang memberikan nasihat.

Sehinggalah ke hari ini mungkin beliau telah penat tanpa henti setiap hari mendoakan saya. Saya akan menghadapi peperiksaan akhir setelah 5 tahun saya belajar di Universiti ini. Kurang dari 2 minggu. Beliau sentiasa mahukan saya beroleh keputusan peperiksaan yang cemerlang. Namun sekadar lulus yang saya berikan!
Beliau pula tidak pernah memberi gred lulus ketika mendidik saya. Semuanya cemerlang!
InshaAllah. Merekalah semangat saya. Merekalah kekuatan saya. Mereka tidak pernah henti mendoakan saya. Saya tahu.
Sehinggakan ketika sedang menghadapi peperiksaan, Emak sibuk berpuasa. Kalau 5 hari, 5 harilah. Katanya,
“Emak hendak rasa kepenatan Liana berperang di dewan peperiksaan. Emak hendak rasa susah itu. Jadi Emak berpuasa.”
Saya sebak lagi.
Saya tak akan sia-siakan segala harapan Emak dan ayah. Saya pasti akan berusaha keras. Sebagaimana mereka. Kejayaan saya adalah untuk mereka. Im pressing the button now!
START!
4 Komentar:
All the best ya :)
Thanks Afzan.
All the best to u too ;P
Salam..saya akmal dari kmpk..alhamdulillah saya mendapat tawaran temuduga dentist usm pada 24 april ini..boleh saya tahu contoh2 soalan yang akan ditanya nanti..sebagai persediaan menghadapi temuduga kelak..harap2 memberi sedikit informasi..terima kasih...
Waalaikumsalam Akmal.
Tahniah utk kamu. Banyakkan solat hajat smg dpt apa yg kamu hajatkan, inshaAllah...
Dahulu saya tidak pernah ke temuduga untuk sambung pengajian di peringkat ijazah, Jadi saya tidak tahu apa jenis2 soalan akan ditanya.
Tapi common sense hal2 isu semasa, goverment thingy cthnya siapa pengarah kesihatan yg baru, siapa timb pengarah bhg pergigian, u have to search 4 it.
Make the interviewer like you. Be confident and talk a lot. All the best k!
Post a Comment